murah ke mahal??

14 03 2010

Wedding Price List

Saya terpanggil untuk menulis artikel yang berikut kerana saya agak terperanjat juga  apabila saya  terbaca di FB, ada photographer perkahwinan yang memberi perkhidmatan wedding photography sebanyak 4 even dengan harga RM1999.

24798_1177817899447_1648133303_393734_7781685_n

di ambil dari FB Mohd Noor http://www.facebook.com/profile.php?id=1648133303

Setelah melihat harga yang di tawarkan, saya gak sedih juga kerana, harga yang di tawar itu agak luar biasa murah dan saya terasa agak kasihan kepada photographer yang memberikan khidmatnya dengan harga itu.

Apa keuntungan yang dia dapat? Selain hanya penat lelah dan pening kepala.Adakah kos yang di tawarkan itu mengambil kira ciri-ciri yang berikut?

– kos perjalanan/minyak
– Kos telefon/pangilan/sms
– Sewa rumah, api air/ komputer
– kos penat lelah
dan beberapa kos yang tak perlu saya nyatakan disini

Wedding Photographer Malaysia  sudah terlalu ramai, terlalu ramai kerana, sesiapa sahaja boleh jadi photographer di zaman digital sekarang ini. Photographer yang terlalu ramai sehinggakan mereka terpaksa meletakkan harga yang terlalu murah dengan harapan untuk mendapatkan klien. Fenomena ini kurang berlaku di negara jiran di mana, jika anda memberikan harga yang teramat murah, klien akan mempersoalkan kredibiliti photographer tersebut, kenapa dia bagi harga yang murah? Oleh sebab itu, photographer perkahwinan di Indonesia adalah jauh lebih maju dari negara kita. Klien-klien di sana lebih percaya pada harga-harga yang kompetitif dari harga-harga yang amat murah.

Berbalik kepada Malaysia, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Harga-harga yang di tawarkan itu adalah jauh lebih murah dari harga kompetetif. Murah sehingga tidak masuk akal. Tidak masuk akal yang saya maksudkan di sini ialah, dari celah mana yang mereka boleh buat keuntungan?

Sebagai contoh, 1 event, rm799. Harga album termasuk printing RM300, tinggal lagi RM500. Pada mereka, RM500 itu sudah terlalu banyak untuk mereka. Tetapi, mereka lupa, lebihan harga itu tadi belum tolak kos-kos yang saya nyatakan di atas. kalau nak di ikutkan, ke untungan sebenar yang mereka dapat itu hanya lah rm50-100 ringgit sahaja dan ini amat menyedihkan. Cuba bayangkan bila camera rosak? bolehkah camera itu di perbetulkan dengan rm100 ringgit?

Untuk menjadi seorang wedding photographer, kos yang saya nyatakan di atas perlu di ambil kira. Camera digital yang di gunakan untuk mengambil gambar itu bukan harga ratusan ringgit, akan tetapi ribuan ringgit. Oleh yang demikian, saya rasakan adalah lebih baik untuk mengkaji semula harga dan biarlah harga itu berpatutan.

Pada pendapat saya, tugas sebagai wedding photographer ini adalah tugas yang paling banyak dan yang paling lama berhadapan dengan klien. kenapa? dari mula kita berjumpa potential client, sampai lah kepada penyerahan album, wedding photographer ini lah yang melakukan tugas yang banyak berbanding dengan yang lain. Dan kebanyakkan wedding photographer ini juga yang memberikan harga rendah dan ini akan menjejas industri wedding photographer tanah air.

Comparison seorang wedding photog yang meletak harga rm300 dengan makeup artist yang meletak harga rm300 (Contoh)

Make up artis datang jam 9am make up, dan 2-3 jam selepas itu dah boleh balik, akan tetapi, seorang wedding photog yang datang jam 9am, dan akan habis jam 4-5 petang, kemudian balik rumah, buat pemilihan gambar, print. Bukankan tugas kita as wedding photog itu lebih lama? Mana logiknya harga RM300 itu untuk tugasan yang lebih rumit?

fikir2kan lah…

Sekian…salam….


Actions

Information

9 responses

15 03 2010
bard

betoi tu joe..aku sokong seratus peratus!!! tetapi org kita yg paham hanya segelintir shj…

15 03 2010
joelaily

hehehe…thanks sbb setuju…
tak pe kita sama² doakan semoga masyarakat kita akan paham benda ni…

15 03 2010
Keluang man

Saya sokong jika hasil kerja jurufoto itu berkualiti, bukan seperti melepaskan batuk ditangga,value for money.

15 03 2010
joelaily

terima kasih keluang man…
hehehe…yang penting more money, more quality..😀😀

21 03 2010
ceritalensa

betul tu joe..apa yg kau tulis tu betul…malah yg aku pernah dgr, ada yg menawarkan pakej editing shj, gambar sendri punya,maksudnya xhired photographer…ada segelintir pengantin yg mula pilih jalan mcm tu…sbb nak murah…ntah mcm mana la org tu edit klau gambar asli nya xtahu mcm mana..pengantin cuma tahu boleh jadi custom album/story book, sudah…

22 03 2010
joelaily

Hehehe…ade dengar jugak kes mcm tu…
masyarakat sekarang ni lebih bijak…
mereka akan lakukan ape yang terbaik baik mereka…

ape² pon rezeki dari ALLAH..
kalau ade pengantin suke dgn hasil kita tu tanda nye ALLAH yang detikkan hati dia
untuk hired kita…semoga ade rezeki kita nanti…AMINN…😀

18 04 2010
Akekun

Maca haram harga. Melampau seiyyy. WEh bile nak lepak2

18 04 2010
joelaily

hehehe….sape le aku nak lepak dgn ko…
bulan 6 ni ade job kat seremban dgn kL…
time tu boleh le jumpe aku singgah rumah ko..
nak tgk baby baru dgn PC br ko tu…

hehehe…kuat racun ko ni….😀

13 07 2010
WanTai

Takpe.. Dalam masa setahun dua lagi ni lenyap la photog2 murah ni.. Sekarang ni ramai yang teruja nak buat easy money.. Eventually diorg akan terasa la betapa bodohnye diorg.. Aku pun dulu harga rendah jugak.. RM1600 (nikah sanding dgn custom).. Lepas tu buat closing account hujung tahun tengok profit company tahun tu cuma RM2600.. Apa kes? hahaha.. So biarkan luncai dgn labu2nya.. Kita focus kat product2 yang kita offer.. and kita ceritakan kat client bebetul kenapa price kita tak serendah mereka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: